Suka gila-gila.
Aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik dulu,
kitaorang ada bela seekor arnab.
Incik Abu namanya, sebab warna kelabu.
Siapa tahu ajal menimpa dikala kami mula menyayanginya.
Incik Abu ditemui tersepit di celah-celah kayu di rumah sebelah yang tidak berpenghuni.
Tak lama selepas itu, kami membeli anak kucing.
Siapa tahu ajal menimpa anak kucing tersebut dikala ayah bergegas mahu ke tempat kerja.
Ayah terlenggek anak kucing tersebut menggunakan kereta.
Mak bersedih dan berduka 3 hari 3 malam.
Selepas kejadian yang amat memilukan,
Kami bertekad untuk tidak membela binatang lagi.
Biarlah binatang-binatang tersebut yang datang sendiri ke rumah ini.
Syukur Alhamdulillah,
Rumahku kini kian terasa bahagia dengan kehadiran kucing-kucing,
Yang comel, yang kurap, yang gatal.
Malahan, kucing-kucing rumah jiran sebelah turut datang mengunjungi,
Tambahan pada waktu makan tengahari,
Sedap menu katanya.
Ikan rebus segar dari pasar digaul dengan nasi.
So, semalam waktu tengah breakfast,
Mak ada cerita satu benda.
Sudah menjadi kebiasaan selepas subuh,
Mak akan keluar rumah untuk mencuci halaman dan menyiram pokok bunga.
Tetapi pagi yang hening itu berubah apabila terdapat kehadiran makhluk yang lain.
Dengan keadaan yang bertelanjang bulat,
Berwarna coklat,
Rendah,
Dan muka yang tidak bersalah.
Anak anjing empunya orang India belakang rumah mahu berjinak-jinak dengan kucing di rumah ini.
Tidak mempunyai kawan barangkali.
Tetapi, hal yang lebih serius perlu dititikberatkan.
Ia menganggap emak seperti tuannya,
Ia mula mahu mendekati emak.
Emak yang hendak menyiram pokok bunga,
Sudah jadi tidak keruan.
Anak anjing itu mula mengunjungi rumah hampir pada setiap pagi.
Bukan nak cakap,
Rumah aku ni sangatlah menarik perhatian binatang-binatang seperti anjing & kucing.
Mungkin kerana memang keluarga kami bukan yang jenis maki atau baling kasut terhadap spesis seperti mereka.
So, aku tak faham kenapa ada diantara kita yang sanggup menyakiti mereka.
Walhal, mereka tidak melakukan apa-apa.
Aku faham ada di antara kita yang alah atau tidak menggemari kucing,
Namun susahkah untuk kita berganjak dari tempat duduk?
Mengapa mesti kita menyakiti mereka?
Ingatlah, mereka turut menghuni alam ini.
Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati