Saturday, 1 March 2014

UPU

Omaigod tadi aku try nak bukak website upu.
System down.
Try reload banyak kali, TAK BOLEH.

Dush dush dush! *sambil tumbuk tumbuk manja dada laptop*

Rupa-rupanya dia dah berpindah alamat.

So try bukak link baru.
SYSTEM DOWN.

Dush dush dush! *tumbuk tumbuk ganas dada laptop*

So try ah install firefox.
Alhamdulillah :)

Sudah ku tetapkan di hati ini untuk menjinak dalam senibina.

Tiba-tiba, dia tanya banyak bidang.
Pulak dah.

Dalam sejam aku dok tukar tukar ranking program pengajian tu.

Tiba-tiba aku nampak 'Asasi Undang-undang'.
Aku terfikir, why not give it a try?

Sooo menggunakan enjin pencarian google, aku menelaah blog-blog student law.
Basically semua cerita benda yang sama.

"Ramai yang nak uitm shah alam. Ye lah boleh shopping. Ni kalau dapat yang kat merbok, azab ler ada padi je kiri kanan."

Aku pun baca satu persatu butir butir yang dilemparkan para pelajar Law ni.

Basically kena terror sejarah & BI.

Nampak je perkataan sejarah tu, terus aku pusing keliling bilik tidur yang bersaiz sekangkang kera ni.

This is what I'm looking for, damn!

Aku pun dengan penuh aggeresif bersetuju untuk ambik law for my second choice.

So nanti if tak dapat senibina ke, takda lah rasa ralat sangat.

The thing here aku tak kasi tahu abah & mak lagi yang aku apply law.

Dulu masa kecik-kecik abah dah cakap jangan ambik law.

So esok aku bertekad mahu memberitahu isi hati ku ini.

Doakan ya.

Thursday, 20 February 2014

Makhluk yang lain.

Nak dijadikan cerita, family aku suka binatang.
Suka gila-gila.

Aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik dulu,
kitaorang ada bela seekor arnab.
Incik Abu namanya, sebab warna kelabu.

Siapa tahu ajal menimpa dikala kami mula menyayanginya.

Incik Abu ditemui tersepit di celah-celah kayu di rumah sebelah yang tidak berpenghuni.

Tak lama selepas itu, kami membeli anak kucing.

Siapa tahu ajal menimpa anak kucing tersebut dikala ayah bergegas mahu ke tempat kerja.
Ayah terlenggek anak kucing tersebut menggunakan kereta.
Mak bersedih dan berduka 3 hari 3 malam.

Selepas kejadian yang amat memilukan,
Kami bertekad untuk tidak membela binatang lagi.
Biarlah binatang-binatang tersebut yang datang sendiri ke rumah ini.

Syukur Alhamdulillah,
Rumahku kini kian terasa bahagia dengan kehadiran kucing-kucing,
Yang comel, yang kurap, yang gatal.

Malahan, kucing-kucing rumah jiran sebelah turut datang mengunjungi,
Tambahan pada waktu makan tengahari,
Sedap menu katanya.

Ikan rebus segar dari pasar digaul dengan nasi.

So, semalam waktu tengah breakfast,
Mak ada cerita satu benda.

Sudah menjadi kebiasaan selepas subuh,
Mak akan keluar rumah untuk mencuci halaman dan menyiram pokok bunga.

Tetapi pagi yang hening itu berubah apabila terdapat kehadiran makhluk yang lain.

Dengan keadaan yang bertelanjang bulat,
Berwarna coklat,
Rendah,
Dan muka yang tidak bersalah.

Anak anjing empunya orang India belakang rumah mahu berjinak-jinak dengan kucing di rumah ini.

Tidak mempunyai kawan barangkali.

Tetapi, hal yang lebih serius perlu dititikberatkan.
Ia menganggap emak seperti tuannya,

Ia mula mahu mendekati emak.

Emak yang hendak menyiram pokok bunga,
Sudah jadi tidak keruan.
Anak anjing itu mula mengunjungi rumah hampir pada setiap pagi.

Bukan nak cakap,
Rumah aku ni sangatlah menarik perhatian binatang-binatang seperti anjing & kucing.
Mungkin kerana memang keluarga kami bukan yang jenis maki atau baling kasut terhadap spesis seperti mereka.

So, aku tak faham kenapa ada diantara kita yang sanggup menyakiti mereka.
Walhal, mereka tidak melakukan apa-apa.

Aku faham ada di antara kita yang alah atau tidak menggemari kucing,
Namun susahkah untuk kita berganjak dari tempat duduk?
Mengapa mesti kita menyakiti mereka?
Ingatlah, mereka turut menghuni alam ini.

Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati



Tuesday, 18 February 2014

Beat My Insecurities.

Sejak malam semalam,
Aku rasa down gila nak mati.

Ni lah azabnya kalau dah jadi anak tunggal dalam rumah,
Tiada siapa yang berupaya menjadi good listener.

Aku rasa down gila,
Rasa ignored, abandoned, unwanted,
Padahal semua ada je tengah backup.

Betul apa orang cakap,
Your thoughts are whats killing you.

If kat sekolah dulu,
Teman gelak ketawa ramai,
Teman menangis pun Alhamdulillah ramai.

Tapi orang cakap,
Kalau teman berkongsi masalah,
Jaga-jaga.

Jangan sampai tersalah cerita dekat orang yang salah.

Bila aku rasa insecure gila,
Aku cari Maryam tak pun Anis.

Selalunya Anis,
Sebab Maryam busy sikit.
EGA.
Silap.
KETUA EGA.

Aku tak berani nak cerita dekat budak dorm sendiri,
Masalah jangan dibawa ke dalam dorm.

Anis ni nak cakap baik
Memang dia baik.

Tapi tanduk dan belang dia tetap ada,
Lumrah.

Masa Miss Norsham kena operate haritu,
Set B kena join set C.

So, aku & Anis set B.
Maryam pulak set C.

Cun,
Bergabung & meletup.

So kitaorang mula ah,
Miss Syamimi cakap A,
Kitaorang cakap B.

English is fun.
Tapi waktu exam,
Rabak.

Setiap petang,
After prep memang aku selalu lapar.

Kadang-kadang if Maryam pergi practice netball,
Aku & Anis pergi dua orang ke kantin.

"Iqnur, roti bakar 4 set."

2 set untuk Anis,
2 set of course lah aku.

Melantak depan tv kat kantin,
Before kembali ke kelas untuk sambung homework.

Bila aku dengan Anis,
Aku instinct minah ni jenis tak cerita kat orang.
Mula dari tu aku jenis open dengan dia.

Aku rasa secure,
Sumpah.

Tapi sejak semalam,
Aku mula sedar aku dah mula rasa insecure.

Nasib aku lahir dalam zaman yang serba canggih lagi modern.

Aku approach dia kat Twitter,
Padahal aku tahan air mata.

Dia pulak senang senang tweet cakap, "Kita rasa nak nangis."

Cilaka, lagi ah buat aku rasa down.

Anis, whatever happens in the future,
I never want to lose you,
I never want to feel those kinds of insecure.




Monday, 10 February 2014

Dear parents, Nowadays.

Tak puas hati betul bila mak bapak blame cikgu yang merotan anak sebab tak siap keja sekolah.

Asal, anak kau baik sangat ke? Time budak-budak rehat, anak kau pergi sembahyang dhuha ke? 
Aku tidak point kepada specific person,
tapi in general.

Kalau anak kau jinak macam kucing its ok la tak perlu rotan-rotan bagai. 

Ni kalau ada yang perangai mengalahkan penyamun, 
nakal nak mampos sampai tahap setiap kali cikgu masuk kelas pastu cikgu tu keluar balik sambil menangis, baik apa jadah camtu?

Sedar tak, peringkat umur menengah atau lebih awal ni adalah penentu masa depan budak tu. 

Kalau banyak main kat sekolah, 
Kerja nak bercinta di sekolah, 
Ringan-ringan minah awesome, 
Bila masa anak kau nak score exam nanti? 
Bila cikgu fokus kat anak kau, 
suruh workout berat sikit, 
hukum sikit dah nak report bagai.

Macam lah kau pengetua sekolah DG54.
Sendiri angkat anak balik rumah ajar la bebal!

Mak bapak sekarang ni bukan ada masa sangat nak mendidik anak.

Keluar gelap balik gelap.
Berhubung pun di alam maya.
Apa anak buat kau orang pun tak tahu.
Sedar-sedar je muka anak kau rang dah masuk KHK.

Sedarlah mak bapak!


- KHK. Grammatical edited by Teah Arof.

Saturday, 8 February 2014

Random me as a Seserian.

2 tahun stay asrama.
The best part bila semuanya PEREMPUAN.

Baju kurung prep tidak digosok?
No problem.

Tudung prep yang sama warna pada setiap malam?
Lek ah.

The thing is, siapa je nak judge kau cantik ke tak time kat sekolah?
Kita semua satu jantina!
Lol.

Memandangkan aku ni librarian, lagi senang kerja actually.
Even kena pakai banyak benda.
Tie lah, vest lah.

Bila nak iron uniform librarian, part kemeja tu best.
Aku iron bahagian lengan je.
HAHA.

If pagi tu aku lambat sangat,
gardenia butterscoth kat mulut,
tangan busy lilit tie sambil kaki bergerak naik tangga bangunan akademik.

First time pakai heels?
No problem.
Kalau terpeleot pun takda hal.
Siapa je yang nak gelak?

Kat sekolah ni lah nak belajar makan guna fork and spoon.
Even makan ayam goreng pun.
Pergh paling best kalau dapat drumstick atau wing.
Memang azab nak makan.

Masa makan bunyi ketung ketang ketung ketang.
Seperti sedang berperang dengan ayam goreng.
Tidak mengapa, perfect practice make perfect.
Asalkan in the future we wouldn't make the same mistakes in front of our clients.

Diet time stay asrama sangat lah tidak membantu.
Menu menu di sini sangatlah mengancam.
Lima kali waktu makan?
Lima kali tu jugaklah aku pergi.

Aku jenis tak share dnegan orang kalau nak basuh baju.
Ew. Sumpah. Hak persendirian kot.
Nak jot down after kat sticky note pun aku malas.

So, apa aku buat?

Aku longgok baju yang dah berumur seminggu.
Pastu setiap hari Sabtu, aku akan bangun pada pukul 4.00 pagi.
Ambil baldi, ambil downy, ambil dynamo.
Tak lupa juga RM2.00.
Terus melulu ke arah bilik basuh di tingkat bawah.

TANPA SEDAR.

If ada hantu kacau aku waktu tu pun,
aku tak rasa aku akan respons.

Bila dah selesai letak baju dalam washing machine,
terus aku balik dorm tidur.

Bangun pagi tu dengan lega like a boss.
Baju siap dibasuh tanpa sedar :D

Pernah satu malam tu, dikhabarkan air tiada pada pagi esok.
Aku pandang Mel kat sebelah dengan muka toya.
Pastu Mel cakap, "lek ah. pukul 3 esok kita check balik air."

Tepat pukul 3 aku bangun menegak.
Tarik tarik tangan Mel.
Turun katil, terus kejut Eja.
Kami bertiga maju dengan sederap langkah, seiring bahu menuju ke bilik air.
Tanpa sedar, aku seorang je yang waras masa tu.

Sah, air takkan muncul.

So, apa kitaorang buat?

Dalam masa lima belas minit, kami capai baldi.
Terus tadah kat tingkat bawah.

Sebelum naik tangga, air dalam baldi Eja penuh.
Dah sampai tingkat atas, dah tinggal separuh.
Eja Eja.

Tutup baldi dengan surat khabar.
Takut orang curi.
Terus tidur.

Pernah satu hari tu,
washing machine yang aku letak baju.
ROSAK.

Rosak dia macam ni.
Dia stuck tengah jalan.
Baju baju aku?
Separuh basuh.

Rosak tshirt aku.
Giordano pulak tu.
Sabun serbuk melekat lekat.
Aku sedih.
Aku rasa nak tendang washing machine tu.
Rasa nak bakar.

Air gedegang also known as vending machine.
The best source untuk hilangkan dahaga.
Yang tak best nya bila dia tak terima duit kertas.
Even duit syiling 50sen yang fake pun dia boleh detect.
Masa tu aku dahaga gila, baru balik dari latihan hoki.
Rasa nak guna stick tu pukul laju laju kat machine air tu.

If bulan puasa, muka aku jangan nak cakap lah.
Hydrated gila, lapar tu jangan cakap lah.
Pernah satu hari tu, aku tak bangun sahur.
GILA AKU SEPANJANG HARI TU.

So, before berbuka,
Aku beli satu tin coke kat kantin.
Pastu beli ice.
Pergh masa berbuka, memang best.

Pastu after solat tarawih,
Aku beli lagi satu tin coke dan ais.
HARI HARI macam ni.

Kat tong sampah comel bawah meja aku,
Penuh dengan tin coke.
Azra akan cakap, "Teah Teah, not good."
Aku akan senyum.





Friday, 7 February 2014

Sanah Helwah.

Hai people.
Apa kau orang rasa.
Bila ada yang sudi.
BUAT ENTRY PASAL DIRI KORANG.

*guling guling tengah padang*

Sedih.
Hiba.
Seronok.
Terharu.
Speechless.

Nak dijadikan cerita.
Semalam Anis ada buat entry pasal aku.

7 Februari pulak birthday dia.

Aku tak tahu nak cakap apa.
Sebab aku tak pandai bermadah.

Nak bagi hadiah pun.
Income takda.

So ini sahaja yang aku mampu buat.
Nahh Anis :)


Aku dah perah otak.
Takut tak kena dengan citarasa minah ni.
Anyway Anis, you can make it as your blog header sebab background dia transparent :)

I'm not ready to post an entry about you.
Nak list kan semua pasal moments kita, pastu baru kita post okay okay.

Happy Birthday Anis Shahirah Zulkifi.
Xoxo.

Tuesday, 4 February 2014

It's ok not to be ok


Semua orang pernah jatuh. Pernah rasa sakit. Perit. Rasa nak give up. Rasa dah takda life langsung. Rasa macam tak berbaloi. Rasa nak mati. Rasa nak tinggalkan everything behind. Rasa kena dump. Bengang.

At the same time. Ada orang yang suka bila kita jatuh. I mean. For some people, when they see our weakness, they feel happy about it.

Certain dari kita jugak sedih bila kawan dalam kesusahan. For example, kawan yang takde duit. and kita tak dapat tolong, sebab kita pun susah. Niat dah baik, tapi tak berupaya.

Bila kita jatuh, some of us akan bantu. Tak kisahlah apa cara sekali pun. Tahap getir mana sekalipun. For the sake of the friendship. Tapi ramai ke sanggup macam tu?

Bila kita jatuh, for me, tak patut tunjuk diri kita as a loser. Show to other people you are strong and big enough to overcome it.

Jangan berlagak. Balik pada yang Maha Esa. Jangan berdoa ikut musim. Bila senang, lupakan Dia. Bila dah susah jatuh tergolek, pandai pulak cari sejadah. That's not proper. Seriously.

Bak kata Matluthfi. Doa saja tak cukup. Kudrat tu kena ada. Effort tu wajib ada. Tuhan tak bagi golek golek. Sebab tu aku tak setuju dengan quotes "Good things come to those who wait". Patut ke kalau kita tunggu? I mean, we just wait without doing anything. Ah come on. Bila nak maju?

Tanpa kegagalan, kita tak akan pernah rasa macam mana duduk kat bawah. Tanpa kegagalan, kita juga megah. Takbur. Tanpa sedar benda benda tu dah tertanam dalam diri.

Waktu susah, setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmah. Jangan pandang negatif. Take it as a challenge. Betulkan. Berhenti merungut.

Ingat, stars can't shine without darkness.


Tuesday, 28 January 2014

Politics & Teenagers.

Gempar tak tajuk tu? Lulz Teah. First of all, AKU TAK MEWAKILI MANA MANA PIHAK POLITIK AND IM NOT GOING TO DESCRIBE ANY PARTIES. Clear?

Based on what I see nowadays, ramai gila yang teenagers nowadays yang mula berjinak jinak dengan politik. Tak kira lah budak sekolah menengah ke, budak SBP ke, budak sekolah harian ke, budak universiti ke. Skop kat sini among us. Yang masih umur setahun jagung, darah setampuk pinang.

So hari tu masa assembly kat sekolah, my principle ada cakap, "I don't care which party u belonged to. But as long as you're in school, premis kerajaan, tak perlu nak membangkang or act terlebih dewasa untuk mempersoalkan tindakan kerajaan." Okay aku rasa ayat dia relevan. Bukan apa. Most of us masih mentah untuk mempersoalkan pasal politik sekarang. That's why kita diberi peluang untuk belajar sehabis mungkin. Ilmu itu luas. Only then kita boleh judge whether our politics now good or bad. At this moment, just jalankan tanggungjawab kita as a student. Bukannya apa. Ramai dah terkandas. Pergi ceramah sana, ceramah sini. Bila exam, hancur jugak. Waktu yang ada sibuk berpolitik sana sini. True or not? Tepuk dada, tanya selera.

One of my friend pernah tiba tiba announce "Aku anti-government!". Masa tu kat lab biology. Lepas dia cakap, semua pandang dia and tak tahu nak kasi ekspresi muka macam mana. Kemon lah girl. What if one of us, our parents menteri or exco or anything yang relate dengan government. Tak ke nama kau kena blacklist? I know this sounds silly. But that's it. Sebelum nak selamatkan apa apa, negara ke, masyarakat sekalipun, fikir tentang diri sendiri dulu. When you get in trouble, no one akan tolong. This sounds kinda serious and hell yes it is.

I post this entry bukan nak highlight I support government or what. No I'm not. I just nak ingat balik about our responsibilities. Bukan tahap kita lagi untuk judge semua tu. Bila sampai masanya, only then we're responsible to change for the good of our country :D

Monday, 27 January 2014

Bilik Tambeler 2.0

Soooo nak dijadikan cerita all this while Im jobless. But then ternampak siapa entah upload pasal tumblr room on youtube. Dari situ try ah sikit sikit to customize my own room. Ianya bukanlah mudah cause Im doing it on my own budget. Tak gempak lah nak customize bilik sendiri pakai duit bapak lulz. So yang kat bawah ni one of the rooms yang kasi full inspirations :)




  • So I started to work out on some quotes. Quotes that I used sangatlah common cause I couldn't think any other words. You might just need black papers, scissors and sticky tack. Actually boleh je pakai magazine untuk ganti black papers :)



That quote sangatlah common kat tumblr. It is from a song actually. Bila baca after doa tidur, I feel like "oh my kalau lah benda ni betul lol". Don't worry if dia tertanggal or what unless if you use tape biasa, memang dia akan tertanggal. Sticky tack sangatlah berguna okay :)


  • Wall collage. So if kat tumblr diaorang banyak tampal posters about their fav bands and celebs. For me I pergi kodak express and cuci gambar about my friends and families. Why tak pergi photo salon yang lain? Cause I think the others if cuci gambar sangatlah mahal. Kodak offered me RM0.60 for each photo yang berukuran 4R.

Nak lekat gambar ni pun pakai sticky tack. So belilah sticky tack banyak banyak. Tak mahal and tak rugi pun. Boleh pakai untuk banyak benda and reusable. Sticky tack yang paling tahan brand Faber Castle :)

  • Next is string lights. This one I really took time sebab tak pernah tahu the exact price sebab memang tak pernah beli. So semalam while waiting for more beli barang dapaur kat The Store Kuala Kangsar, I pergi tingkat atas sekali and cari string lights. and yeah the price yang dia offer below my budget. RM19.90 and it is 2F means dalam 2 kaki panjangnya. 


String lights tu pun digantung pakai sticky tack. In Sha Allah tak tercabut. and and lupa nak decribe about the CDs. I recycled all my brother's naruto and doraemon CDs. Heh semua dah besar siapa nak tengok kartun tu lagi? Sekarang streaming je kan :) Bila waktu siang CDs tu akan reflect lights so for me cantik sangat even sometimes terasa panas sikit tapi takdelah panas sangat sebab bukan direct lights pun :)

  • The next thing is snowglobe! Omg omg okay excited gila. Haritu pergi Mid dnegan syida, we bought 2 Paris snowglobes kat kedai S&J. Each snowglobe cost RM13.90 and saiz snowglobe yang kitaorang beli adalah kecil and tiada lampu or music pun. If nak beli yang besar and ada music, harga dia RM79.90. Den tak kayoo T__T So we just bought yang kecik comel and since I ada kad membership S&J, 10% discount for us :) But then semalam jalan jalan kat The Store Kuala Kangsar terjumpa snowglobe yang sama besar and ada music and guess what harga dia hanyalah RM39.90! Half harga yang I jumpa dekat S&J! WeeehoOoOo~ tak tunggu lagi and terus pergi bayar :)

and and jam loceng tu beli kat S&J Ipoh. Snowglobe  I <3 PARIS beli kat S&J Midvalley and snowglobe teddybear besar tu kat The Store Kuala Kangsar :)

Sooo that's all for my lovely room. Yeah my room tak besar. But I try to make it the best since I have slept here for what 5 years even 2 years kat asrama. After this kena tinggal lagi bilik ni sebab nak further studies. I don't know siapa lagi yang nak take care of it but it's okay at least Mom selalu masuk sapu when I'm gone.




Sangatlah taksub dengan bilik sendiri but who cares memang bilik sendiri pun kan :P So for those yang ada pasang niat nak customize you guys punya room and you're on budget, check out the tumblr room inspirations. Kat youtube pun bayak DIY for this thingy. Good luck (:





Wednesday, 22 January 2014

Throwback : 2009 till now.

Tak tahu menahu kenapa tiba tiba rasa nak imbas kembali (heh?) liku liku kehidupan yang penuh ranjau (heh heh?) starting from 2009 till now. Why mesti 2009? Kenapa tak ambik dari 2003 ke, 2005 ke. This is because (macam public speaking time assembly lulz) 2009 was a brand new year. I was 13. Baru nak kenal apa itu sekolah. The real school. Bukan SBP or MRSM pun. Sekolah harian je. Ceruk. Depan belakang kiri kanan pokok kelapa sawit and tanah merah. Kilang papan tak sampai sejengkal (heh?) dari gate. Lulz ayat.

2009 : Junioooooooooooor :)
So far masa ni not bad lah. Baru nak kenal budak sekolah lain. But time ni still stick dengan my bestfriend yang rapat since sekolah rendah. and time ni jugak dapat jadi prefects. I mean macam pelapis lah. The good thing is I was a junior and my sister masa tu senior. Soooooo you know what it means? Aku kenal lah kawan kawan dia semua. Tambah tambah yang prefects belaka. Cun and hensem doe semua. Muka semua memang layak nak mati jadi prefects. Heh? The best thing after minggu orientasi, cikgu disiplin pung pang pung pang "saya tahu result upsr awak straight As'. Sekarang dipersilakan campak kelaut jelah result tu. PMR lagi penting. Menentukan hala tuju awak." Aku masa tu walaupun masih budak yang penuh hingus was like WTF man. Memang lah lima subjek tu sikit. Nak dapatkan semua tu A, SUSAH KOT BAGI BUDAK 12 TAHUN YANG ENTAH BELUM BERAKAL. Bukan emo, just meluahkan perasaan yang sudah disimpan selama 5 tahun. Lulz Teah. Over ja.

2010 : SKEMA
Sumpah tahun ni aku skema gila nak mati or memang aku dah mati time ni and tiada life langsung siot. First, aku bangang pergi volunteer jadi ketua kelas. Masa tu dah lah jadi head girl for juniors. Nak tambah beban pulak. Bodoh gila. Nak nak pulak guru kelas masa tu, guru disiplin yang pegang. Aku lifeless gila masa ni. Sumpah. Yang dulu besftriend, jadi strangers. Yang dulu crush, tiba tiba invisible. Aku makan dalam masa ni. Kakak aku yang dulu boleh backup, dah habis sekolah dah pun. Masa ni yang aku tahu. Pergi sekolah, belajar. Tak pandang kiri or kanan dah. Balik sekolah, makan and study. Sembang dengan mak waktu makan je. Mak ada komplen masa ni. "Mak nak merasa pegi hari anugerah." Ayat dia deep gila. Aku sedar. Masa form 1 aku banyak main. Tak tahu kenapa. Bukan main or what, just distracted by other stuff. Tak banyak aku ingat time Form 2 ni. Aku selalu habiskan masa rehat kat pejabat sekolah. Stay dalam bilik PK HEM pulak tu. Kau buat apa Teah dalam tu? Lulz common question. Ada yang cakap aku anak taiko besar lah. Ada yang cakap aku scandal dengan PK HEM lah. Jadah doe. PK HEM kasi job and kepercayaan yang seratus peratus untuk key-in kehadiran for the whole stduents. Everyday dia akan pasangkan aircon siap siap kat bilik tu and turn on the laptop. Dia garang. But he's kind and sangatlah caring. If theres one class yang terlupa nak hantar attendant, siap sedia ah nak kena maki dengan aku. Ye ah, kalau dah 10 kelas tak hantar, 10 kelas tu jugaklah aku kena pergi mintak attendant. Naik muak dah budak form 2 yang masih basah berhingus pergi kelas form 5 and cakap "maaf cikgu, saya nak jumpa dengan ketua kelas." and ada ja yang tambah nanti "wuuuu. Adib kena pailang dengan anak buah Ishak." Sabar je lah. The best part bila PK HEM as well as our class teacher punya birthday. A week before ada junior form 1 cari aku tanya "Kak Teah nak kasi apa nanti kat Cikgu Ishak?" I was like "for what?" and dia kerut kerut pandang aku. "Kan birthday dia nanti." Aku macam Oh my. Terus aku serang class treasurer and mintak seratus. Malam tu jugak akau ajak abah pergi The Store Kuala Kangsar and belikan teddy bear. Natang tu Teah kau bagi orang tua tu? Lulz if bagi tie, dah common sangat. Lama jugak tunggu budak TS tu carikan kotak untuk bear tu. Bapak besar gedabak doe aku beli. Yang aku pasti tambah duit abah cuz bear tu macam RM100++. Pagi pagi lagi time birthday dia tu aku pergi rumah dia and letak kotak sebesar alam tu atas kereta dia. Mood dia bapak okay gila masa pergi sekolah. One more thing masa ni aku dah start jadi conductor untuk lead choral speaking. Tapi sayang. Time tu tiada langsung sebarang English Carnival. PPD malas kot masa tu haha. and 2010 ni jugak lah aku menapak buat pertama kali nya ke KLIA. Hantar abang yang fly ke India untuk sambung medic.

2011 : PI EM AR.
Kan aku ada cakap mak berharap nak tengok aku naik pentas masa hari anugerah kan? So based on result final exam masa 2010, mak dipanggil untuk menghadirkan diri. Mak gembira masa tu. Mana taknya. Mak mintak nak datang tengok je. Tak tahu pulak aku ni boleh pulak dapat anugerah kesulurah terbaik Tingkatan 2. No. 1 aku bagi kat mak. Lulz. Rezeki kot. Even aku rasa aku takde life sangat masa form 2. Aku korban masa demi mak. Mak tak menangis. Mak senyum. Abah pun. Lepas tu mak cakap "PMR nanti buat elok elok." Ayat mak tak gempak. Tak speaking english macam mak orang lain. Tapi ayat mak deep. Mendalam gila. Mendalam sampai abang aku pun boleh study medic. Takkan aku tak boleh? Bak kata orang Perak. Kejor Yop Kejor! Maknanya selagi boleh jangan givap. Masa form 3 ni lah aku kumpul banyak banyak memori. Mula nak buat geng. Mula nak tempah nama jadi bahan kutukan kat bilik guru. Ada aku kisah? Lulz. Aku tak pandai nak hormat cikgu masa ni. Masa ni lah hati aku dicuri orang lain. If dicuri student yang sama sekolah takpe. Ni lain sekolah. Gila kau dare for distance? Mati katak nak bercinta macam tu. Aku PMR masa tu, dia pulak tingkatan 4. Jumpa pun sebab dia datang debate and aku jadi pengerusi. Tak banyak cerita sangat masa tu. Second jumpa pulak masa aku wakil sekolah pergi public speaking and dia join choral. Ramai tanya kenapa aku teruskan je lead choral? Public speaking no ones yang nak. Aku belatih sengsorang doe. Balik rumah practice dengan mak even mak tak tahu menahu pasal BI. Its okay Mak. Pergi sekolah, aku practice dekat bilik kaunseling depan couselor. Bukan coach takde. Tapi dia dalam pantang. Sehari sebelum pertandingan baru dia datang sekolah and baru aku practice dengan dia. Dia tak gelabah. Aku je. Dia watlek. Gaya macam confident gila. Aku stayback sampai petang dengan dia kat bilik guru. Esoknya, berbekalkan semangat and wishes budak kelas, aku tinggalkan sekolah bersama budak choral. Aku tinggalkan beg masa tu. Berat sangat. Just bawak apa yang perlu. Boleh je aku pergi event tu dengan parents. Tapi aku nak rasa semangat bawak nama sekolah dengan menaiki bas tu cemana. Sampai je sekolah yang jadi tuan rumah, terus kitaorang gerak gi surau. Masa tu lah baru aku perasan ada yang usha kat tingkap surau while aku otp dengan mak. Yes memang dia. Aku blah dari situ. Choral and PS serentak masa tu. So tak dapat usha sekolah aku and sekolah dia perform. Time aku present aku punya speech, okay je. Boleh lah nervous sebab first time. Masa Impromp 2, aku agak terpana. Sebabnya? Aku baru sedar aku je form 3 and others form 5. Kitaorang borak kat bilik kuarantin. They kept asking "How long you dah practice?" and I was like "Err  a week I guess," Nak dipendekkan cerita, thanks God aku champion. Dengan jalan macam itik catwalk aku naik pentas lulz. Aku tak tahu berapa ratus pasang mata, yang aku tahu aku jalan tunduk. Choral pulaks ekolah aku menang second place. Not bad actually. Boleh je diaorang dapat first place tapi tiada rezeki gamaknya. Yang aku tahu, aku balik rumah and on pesbuk. That crush congratulated me by using his bff's punya pesbuk. Hot sangat ke kau sampai nak hide pesuk sendiri? Lulz tanggapan semata mata.Esoknya ke sekolah, beg yang aku tinggal kena rompak. Pnecil case ah jadi target. Pen and pendrive kena curi. Aku watlek je. Malas nak gaduh even tahu siapa dalang. Move on about my crush. Kali ketiga kitaorang jumpa masa aku and my bestfriends join Science Carnival. Kitaorang masuk solar cooker. Masa Form 1 aku ada masuk. Tapi kalah. Mana taknya, semua competitors Form 5. Lulz. Cikgu cakap masa tu cari pengalaman and masa Form 3 we've got chance to beat others. Memang rezeki. The crush join untuk parachute something. Itu lah peretemuan tanpa conversation yang bawak our relationship further and further. He dumped his gf sebab gf dia curang kat fb. He told dia ada cancer. Maybe sebab tu dari bestfriends ke inseparable. This year jugak aku selalu jadi mangsa kecurian. Tak sedar purse ada dalam tong sampah kelas Form 5. Nasib takde duit dalam tu. Aku habiskan waktu rehat. Haha.  Frust kot si pencuri. Sebab tu sampai buang dalam dustbin haha. The end of the year, aku dapat result. Thanks God lagi. Straight As'. Terus abang call. "Iphone ke Galaxy R. If Iphone, next year baru dapat. If galaxy, bulan 2 ni dapat." Aku tak nak demand. Galaxy R pun boleh. Masa ni femes Galaxy SII. Aku tanya abang, "Kenapa tak ambik SII terus?" Abang cakap takde beza pun. R was like trial untuk SII. Aku angguk angguk je lah. and lupa nak cerita masa awal tahun aku baru dapat laptop. Malam sebelumnya aku menangis sebab tengah sedap taip skrip untuk debate, pc jammed. Aku menangis kot. Abah nampak. Esoknya dia balik bawak kotak Lenovo Thinkpad. Abah very understanding. Thinkpad ni banyak berjasa doe. Aku bawak pergi sekolah sebab nak siapkan slide untuk solar cooker. Entah macam mana air tertumpah atas laptop. Tupp. Terpadam. Abah ambik aku masa habis sekolah. Aku tak cerita pun masa dalam kereta. Aku terus masuk bilik bila dah sampai rumah and menangis sambil menatap laptop yang diterangi cahaya matahari dari luar tingkap. Aku call kakak (padahal serumah) and terus aku menangis. Dia cari kunci pendua and bukak bilik aku. Dia terus ambik latop and blah dengan abah bawak laptop tu ke kedai seperti bawak perempuan yang dah nak terberanak. Balik rumah kakak marah. Dia cakap "Dah tahu benda tu rosak, kenapa dok menangis? Bagi tahu je lah kat abah. Nak pakai untuk presentation kan nanti? Bengap."

2012 : Next entry lah. Nak patah leher dah ni.Lulz Teah.