Saturday, 1 March 2014

UPU

Omaigod tadi aku try nak bukak website upu.
System down.
Try reload banyak kali, TAK BOLEH.

Dush dush dush! *sambil tumbuk tumbuk manja dada laptop*

Rupa-rupanya dia dah berpindah alamat.

So try bukak link baru.
SYSTEM DOWN.

Dush dush dush! *tumbuk tumbuk ganas dada laptop*

So try ah install firefox.
Alhamdulillah :)

Sudah ku tetapkan di hati ini untuk menjinak dalam senibina.

Tiba-tiba, dia tanya banyak bidang.
Pulak dah.

Dalam sejam aku dok tukar tukar ranking program pengajian tu.

Tiba-tiba aku nampak 'Asasi Undang-undang'.
Aku terfikir, why not give it a try?

Sooo menggunakan enjin pencarian google, aku menelaah blog-blog student law.
Basically semua cerita benda yang sama.

"Ramai yang nak uitm shah alam. Ye lah boleh shopping. Ni kalau dapat yang kat merbok, azab ler ada padi je kiri kanan."

Aku pun baca satu persatu butir butir yang dilemparkan para pelajar Law ni.

Basically kena terror sejarah & BI.

Nampak je perkataan sejarah tu, terus aku pusing keliling bilik tidur yang bersaiz sekangkang kera ni.

This is what I'm looking for, damn!

Aku pun dengan penuh aggeresif bersetuju untuk ambik law for my second choice.

So nanti if tak dapat senibina ke, takda lah rasa ralat sangat.

The thing here aku tak kasi tahu abah & mak lagi yang aku apply law.

Dulu masa kecik-kecik abah dah cakap jangan ambik law.

So esok aku bertekad mahu memberitahu isi hati ku ini.

Doakan ya.