Tahun ni punya raya my mom cakap nak balik beraya kat Felda since abang takda kat rumah.
If tak nanti terasa tau abang takda kat rumah time raya raya :(
Raya hari Jumaat so we decided to go back Felda as soon as we could sebab nak prepare awal plus opah cakap dia nak balik rumah dia sebab nak masak untuk anak-anak dia.
So we decided balik hari Rabu malam tu after berbuka.
Cuba teka siapa ikut kitaorang balik kampung?
Apa? Jalak? Rembo?
Takkk. Adik ikut okay!
Dia baik je duduk dalam kereta.
Before this selalu je bawak dia naik kereta gi Kuala Kangsar untuk vaccine and stuff.
Dia banyak bunyi sangat and selalu jalan kedepan belakang kedepan belakang.
Last-last duduk between me and kakak with her butt on my palm zzzz.
One day before Raya
Tolong-tolong mak and makngah buat rendang and kuah laksa.
Tak lama lepas tu makyang pun sampai dengan family dia.
Maka bisinglah rumah dengan budak-budak yang tak berapa nak cerdik lagi running around the house main aci nyorok apa benda tah sampailah Aki tempik "Tak habis habis main tak puasa ke?!"
Pagi Raya
Bangun dalam 5.15am sebab terdengar Makngah jerit cakap "BANGUN WOI SAHUR".
I was like eh bukan dah habis ke puasa lol mamai.
Terus bangun and tolong mak and makngah prepare for nasi tomato.
Lauk dia macam baisa ayam masak merah and jelatah.
Dalam pukul 8 pagi macam tu abang cakap nak skype dengan the whole family.
For the first 15minutes mak okay lagi and tak lama lepas tu dah mula berambu air mata hahaha.
Abang tak habis habis cakap "takpa next year Insyallah raya sekali. Ijai tak raya lagi harini. Esok baru raya."
Semua orang excited nak tengok muka dia kat skype tambah tambah Makngah and Makyang siap tanya kat wife abang "Takda isi lagi ke?" Lol tak menyempat.
Lepas tu semua get ready nak sembahyang raya and stuff.
Tangkap-tangkap gambar and guess what this year semua orang decide nak cut the cost for raya so kitaorang pun decide pakai baju kenduri abang haritu sebab nak seragam :)
Family belah my mom tak ramai sangat tapi sihat sihat belaka :P
Semua pergi kubur after sembahyang raya visit kubur arwah Nenek, adik my mom and bestfriend Nenek.
Aki datang lambat sikit and masa kitaorang dah nak balik nampak dia tengah menangis tepi kubur Nenek, sumpah sayu je.
I was thinking besarnya cinta Aki kat Nenek even Aki dah kahwin lain and I really want stuff like that.
Lepas tu balik rumah minum minum and pergi beraya.
We decided pergi beraya rumah paling dekat sekali which is rumah Cik Nah followed by rumah Cik Cah.
Both rumah ni bestfriend arwah Nenek and suka nya bila diaorang peluk my mom and adik beradik dia sebab mostly muka my mom yang betul betul macam arwah Nenek.
After Zohor terus gerak pergi rumah Opah kat Sungai Taka, Kedah.
Sampai sampai je I terus cari baby yang datang a night before.
Barely to remember his name, Qalif something
A night before Opah datang rumah dengan anak perempuan dia yang ada baby.
I was about to perform my Isyak's prayer when Iman cakap "Kakayah ada baby kat luar."
I terus keluar and my mom terus kasi babi dia kat I and I was like omg nak ke dia hahaha.
Then dia duduk sneyap je atas riba and all my little cousins ; Iman, Awish, Afif and Mamat surround my and the little tiny baby.
Diaorang adore sangat kat dia, me too me too T_T
The best part bila dia dah kerut kerut kening and I was like "Iman pergi ambik susu kat mama dia!"
Iman lari laju gila gi ambik botol and baby tu habiskan susu tu dalam 5 minit macam tu, laju gila.
I bet he was really hungry tho.
Okay stop that was the story night before raya, now back to our first day for raya :)
Lepas dah lunch rumah Opah, Opah panggil "Deqyah jom tengok rumah adik Opah dia ada ke tak."
Kitaorang merempit naik motor and bila dah sampai Opah cakap "Okay diaorang ada. Deqyah pi balik bawak motor ni habaq kat mak mai datang sini."
I was like Aku? Merempit? Sorang? Kat kampung orang? Ingat ke jalan?
Alhamdulillah bila dah sampai rumah Opah semua tanya "Woi kamu tinggal Opah tengah jalan ke?" T_T
Terus gerak eprgi rumaha dik Opah and semua terpegun.
Bukan lawanya rumah ke apa tapi surrounding dia.
Rumah dia kecik je macam homestay gitu tapi depan tu ada kebun pisang something then belakang tu ada pondok besar and belakang pondok ada bendang.
Berangin je bila kitaorang duduk situ, and mula lah berangan nak rumah tepi sawah ala ala cerita Nur Kasih gitu ewah!
Sejam lepas tu terus pergi rumah kawan ayah area situ nama dia Cik Peah.
Then my mom suruh tuang air and lantai rumah dia tak rata and air tumpah and Uda I terus jerit "Eh Kak Peah Peah Peah".
Semua gelak cause it sounds so sarcastic sebab sebut banyak kali and pangkal dia 'Kak' pulak tu lol.
There you go our first day raya pergi 5 buah rumah :)
Our second day of Raya :)
Second day pun not that bad tapi Makyang dah balik Padang Sanai, Kedah kampung belah husband dia so sunyi lah sikit hmm.
Semua gambar dah takda my cousins yang lain just me, kakak, Iman and her mom.
The whole family including Aki, Opah, Yuyu, Uda, my parents semua pergi rumah pengasuh Iman.
Acah je "Alhamdulillah dapat beraya dengan anak tahun ni. Hak penjagaan anak jatuh ke atas saya sorry Mr Husband lol"
"Kakayah tolong lah Iman betulkan tudung ni dah keluar anak rambut."
"Boleh tak kakayah nak share aiskirm dengan Iman?"
"Boleh boleh.
Then pergi rumah Pak Din Pangkor, husband arwah bestfriend Nenek.
Kemain anak dia tanya nak makan lemang dengan durian and santan ke tidak.
Lejen tak lejen rumah dia weh hidnag durian and brownies.
Then pergi rumah Cik Lina, bestfriend arwah Nenek juga.
Time kitaorang sampai Cik Lina tengah baru nak tepuk tepuk bantal nak take a nap tengah-tengah rumah tu pastu Uda jerit dari luar "Cik Lina oiii buat apa tuuu"
Tak senang orang tua tu nak tidur hahaha.
Then balik rumah and abang hantar gambar first day raya dengan wife dia.
Diaorang masak pagi pagi right after balik dari hospital.
.
See diaorang pun decide nak jimat kos untuk tidak membeli baju raya pada tahun ini so diaorang pun renew baju bersanding time kenduri kat Terengganu omg my family ni cost effective betul, ko hado?
Malam tu kitaorang penat sangat so Opah and Mak masak simple simple je tapi sedap.
Nasi putih, sambal tempoyak and ayam goreng berempah.
The best part bila dah habsi makan and tengok tv and nak tidur, I went to the kitchen and angkat tudung saji and then Yuyu tanya "Ha ko cari ayam goreng eh? Paksu dah makan. Bye".
Patah seribu dengar ayat tu and yes I was looking for the chicken and tak tahu pulak ada orang lain yang tunggu ayam tu juga lol so end up habiskan cucur jagung.
Not to forget our Adik Manis yang sangat behave :)
Time sampai mula mula dia mabuk and taknak berak, makan, minum, tidur.
Awal pagi tu Opah cakap "Masa Opah bangun terkejut Opah tengok dia berdiri tegak dalam sangkar".
Tak lama lepas tu Aki cari air kelapa and dia dah okay.
The best part bila Awish pujuk Adik cani ayat dia "Adik makanla adik. Sedap tuuu adik. Adik makanlaa adik."
Comelnya awak ni Awish T_T
Our third Raya :)
Hari ketiga raya pun not bad after breakfast terus gerak pergi rumah Makngah kat Kubu Gajah and masak masak soto and then makan.
Abah bawak Opah and Aki pergi pekan Selama beli rempah ayam goreng yang Opah guna time masak ayam goreng.
Yuyu cerita "Pak Jamil ambik semua rempah atas rak tu Kak Emah oiii".
Memang sedap pun rempah tu dia cam tepung then siap ada instruction suruh letak sebiji telur before goreng ayam tu.
Plus dia tak berminyak sangat and sedap sangat rasa cam uncle bob that's why boleh berebut dengan Paksu a night before lol.
Thanks Allah for this beautiful family.
I have no idea kalau family orang lain mewah macam mana but I think the true happiness of a family lagi lagi family yang besar macam ni bila everyone clearly knows their responsibilities and always be there bila one of us ada problem.
All the laughs, tears and forgiveness that we shared will surely be remembered through out this generation, Insyallah.