Sunday, 26 July 2015

Almond London Rangup

A couple of days before balik Felda for hari Raya haritu, I ada buat almond london.
Mula-mula macam takut sikit sebab bakery right, bukannya memasak.
Kalau memasak kat dapur tu kurang masin sikit boleh je letak geram kalau kurang manis tambah gula.

Ni kalau kuih or biskut or dough tak jadi, get ready kena bebel dengan my mom.
Ayat dia tak lain tak bukan : Mak cakap dah. Buat kuih ni susah.
Kakak kena bebel haritu sebab dough untuk sarang semut dia jadi berketul and I have no idea how to help sebab takda skill bakery.

Tapi gigihkan jugak hati ni buat almond london.
My mom cakap jangan takut kalau nak start new recipe, pasang niat nak kasi orang makan and paling penting masak and time buat tu kena ada kasih sayang aw haha.
My sister helped me with the ayak ayak tepung and gula, the rest I buat sendiri sampai 2 pagi.
While everyone else semua dah tidur.

My biggest gratitude goes to this one blogger lah sebab sudi share recipe. (http://ruhayurazali.blogspot.com)
Dia pun dapat recipe tu dari blogger lain but whatever still nak cakap thank you so much :)

So here we go with the recipe as requested by someone.

Bahan (150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Bahan Ayak
200g tepung jagung
300g tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh baking powder

Cara
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  2. Masukkan serbuk badam & kacau.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi & gaul rata.
  4. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  5. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  6. Bakar pada suhu 200'C selama 18 minit.
  7. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan. Taburkan badam cincang di atasnya. Biarkan ia kering. Siap disimpan.
p/s :
  • Since I tak makan kacang badam/almond, I prefer blend kacang badam tu and campur sekali dengan tepung so that nanti dah masak tak terasa sangat rasa almond tu.
  • Tepung beras tu rahsia nak kasi biskut almond london jadi rangup so don't hesitate to include it in your cooking :)
  • If rasa susah time nak celupkan dough dalam coklat masak, my mom ada cara. She asked me to boil the water in rice cooker and letak coklat masak tu dalam periuk lain and letak periuk tu dalam rice cooker. More handy and comfortable cause you have the choice nak letak kat mana rice cooker tu. Kalau masak atas dapur, nanti mula lah lenguh sebab kena berdiri. Nak celup bukannya sejam dua :)
  • Nak tau dough tu masak ke tak, masa bawak keluar dari oven, check punggung dough tu. If dah warna kuning, masak lah tu. If hitam or coklat, hangit namanya haha so better kurangkan masa untuk oven :)

Kakak will be like "Ya Allah bosannya kau buat dough, Tak bosan ke?"
I have this one habit of consistency where I'll be doing one job and even benda tu macam nampak bosan sebab golek golek buat dough macam play-doh tu, tapi time camni lah boleh fikir banyak benda like "Ish ni kalau my future kids nak makan almond london senang la after this" lol


Minions of dough in the oven for almost 18 minutes.


Minions of dough yang dah dimasak and a closer look of the shape.
Comelnya awak ni!!! Gebu pulak tu!!

Lepas dah kena celup tu biar dia keras dulu, jangan terus letak dalam bekas kedap udara.


 There you go :)
My paksu ada request nak satu balang dalam 50 biji right after I posted this picture on our family's group on whatsapp but then I cakap tak boleh sebab dah tak sempat but I'm so happy you know like everyone yang makan semua will be like "OMG DAPNYE" Yay!

Goodluck everyone :)