Friday, 14 March 2014

Resipi Maggi Sedap


Demi mengurangkan kegugupan dalam penantian result SPM,
Aku bertekad untuk menghebahkan kepada anda semua satu resipi rahsia.

Actually, resipi ni kakak aku yang create.
Tapi, aku yang improve-kan, hehe.

So, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  • Maggi Big Kari
  • Lada sulah
  • Tepung jagung
  • Air
  • Cabai burung (Cili kecik yang warna hijau tu)
  • Telur
Let's proceed to cara-cara memasaknya, like a pro :D
  1. Panaskan air dalam periuk.
  2. Apabila air sudah menggelegak, masukkan maggi big kari.
  3. Then, kurangkan air supaya nanti lagi pekat.
  4. Seterusnya, masukkan cabai burung.
  5. Masukkan 1 sudu besar tepung jagung. (Kena masukkan cepat-cepat dan kacau cepat-cepat if tak nanti dia berketul-ketul)
  6. Masukkan lada sulah.
  7. Akhir sekali, masukkan telur yang telah pecah.
Believe it or not, tepung jagung akan pekatkan masakan anda seperti mana sizzling mee di food court disediakan. Selamat mencuba!
Oh give me a credit if menjadi and sedap. Btw this is served for 2 people :)

*ketawa berdekeh-dekeh sambil ketuk-ketuk lantai*

Thursday, 13 March 2014

Sekadar ingatan.



Kat TV sudah dihebahkan tarikh keputusan SPM.

20 MARCH 2014.

*pecahkan TV dan buang jauh jauh*

2 malam lepas aku mimpi result.
Untuk yang ketujuh kalinya.

Dalam mimpi tu, aku sekadar mendapat 7A.

Perasaan aku dalam mimpi tu berkecamuk.
Sepatutnya aku bersyukur, tak begitu?

Dalam mimpi tu, Eja, Yaya & Anis ada sekali.

Diaorang semua peroleh straight A doe.

Aku macam.............

Mimpi tu nampak realistik gila.

Pastu, Anis datang kat aku, dia genggam tangan aku.

"Teah, Teah tak cukup berdoa lagi. Teah jangan berhenti berdoa."

Aku terus sedar dari mimpi.

Benar, setiap mimpi ada tujuan, bukan khayalan semata mata.

Terima kasih Anis, dalam realiti mahupun nyata kau sudi mengingatkan aku.

Sunday, 9 March 2014

Come back baby.


YA ALLAH YA TUHANKU

Jika di laut 
Timbulkanlah
Jika di langit 
Turunkanlah
Jika didarat
Tunjukkanlah

#‎prayformh370‬

The whole world tengah tumpu apa yang terjadi kat Malaysia sekarang.
Aku tak tahu nak respons apa sebab sumpah tak pernah terkelu macam ni.

Usually aku tak ambik port apa yang jadi kat sekeliling aku.
Politik, masyarakat, negara, seriously I don't give a damn.

Sebab aku tak pernah rasa kehilangan, not yet.
Siapa je nak rasa macam tu?

Masa nenek belah mak aku meninggal, no one kasi tahu.
Masa nenek belah abah meninggal, no one kasi tahu.

But for the first time in my life, aku rasa something's killing me bila tengok berita ni right after breakfast.
MHI kasi tahu.

Kat twitter ada yang buat jokes sal benda ni.
Ada pulak yang lantik diri sendiri jadi pakar penerbangan dengan mengeluarkan fakta & berita yang bukan bukan.

Selagi CNN, media massa Malaysia tak bagi tahu apa apa, semua senyap.
Please benda ni tak lawak.

Bayangkan one of your family members or friends or your love ones ada dalam flight tu.
Would you still be able to joke about this thing?

Aku terdengar mak otp dengan abang tadi.
Their whole conversation cakap sal ni, no more questions like 'Hari ni sihat?' or 'Kelas macam mana?' or 'Berak dah hari ni?' or 'Aifa okay?'
Lepas tu aku terdengar mak cakap, 'Mak risau. Lagi sebulan kamu nak balik Malaysia'.

Hati seorang ibu, siapa yang tahu?

Ada yang cakap, teknologi yang kita megahkan sangat sekarang telah mengaburi mata kita dengan alam yang lain.
Alam ghaib.

Bila cakap pasal alam ghaib, semua cakap menyesatkan, tahyul.
Walhal dalam al-Quran dah tertulis wujudnya alam itu.

Tak salah kan kalau kita cuba usaha untuk track down the flight dengan jalan mendekatkan diri dengan Allah?

Siapa ingat lagi peristiwa helikopter yang terhempas di Bario, Sarawak?
Setelah berbelas-belas hari baru helikopter itu dijumpai.

"Mengapa lambat selamatkan kami?" Tertera ayat tersebut di cermin helikopter.

Helikopter tersebut dijumpai selepas golongan yang lebih dekat dengan Allah campur tangan.
Walau pada mulanya kerajaan menidakkan apa yang diakatakan mereka.

Bumi ini bukan kita sahaja yang mendudukinya.
Jangan pernah sekali menafikan apa yang sudah tertulis di dalam al-Quran.

Allah boleh lakukan apa sahaja yang diingini-Nya.
Kun Fayakun.


Saturday, 1 March 2014

UPU

Omaigod tadi aku try nak bukak website upu.
System down.
Try reload banyak kali, TAK BOLEH.

Dush dush dush! *sambil tumbuk tumbuk manja dada laptop*

Rupa-rupanya dia dah berpindah alamat.

So try bukak link baru.
SYSTEM DOWN.

Dush dush dush! *tumbuk tumbuk ganas dada laptop*

So try ah install firefox.
Alhamdulillah :)

Sudah ku tetapkan di hati ini untuk menjinak dalam senibina.

Tiba-tiba, dia tanya banyak bidang.
Pulak dah.

Dalam sejam aku dok tukar tukar ranking program pengajian tu.

Tiba-tiba aku nampak 'Asasi Undang-undang'.
Aku terfikir, why not give it a try?

Sooo menggunakan enjin pencarian google, aku menelaah blog-blog student law.
Basically semua cerita benda yang sama.

"Ramai yang nak uitm shah alam. Ye lah boleh shopping. Ni kalau dapat yang kat merbok, azab ler ada padi je kiri kanan."

Aku pun baca satu persatu butir butir yang dilemparkan para pelajar Law ni.

Basically kena terror sejarah & BI.

Nampak je perkataan sejarah tu, terus aku pusing keliling bilik tidur yang bersaiz sekangkang kera ni.

This is what I'm looking for, damn!

Aku pun dengan penuh aggeresif bersetuju untuk ambik law for my second choice.

So nanti if tak dapat senibina ke, takda lah rasa ralat sangat.

The thing here aku tak kasi tahu abah & mak lagi yang aku apply law.

Dulu masa kecik-kecik abah dah cakap jangan ambik law.

So esok aku bertekad mahu memberitahu isi hati ku ini.

Doakan ya.

Thursday, 20 February 2014

Makhluk yang lain.

Nak dijadikan cerita, family aku suka binatang.
Suka gila-gila.

Aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik dulu,
kitaorang ada bela seekor arnab.
Incik Abu namanya, sebab warna kelabu.

Siapa tahu ajal menimpa dikala kami mula menyayanginya.

Incik Abu ditemui tersepit di celah-celah kayu di rumah sebelah yang tidak berpenghuni.

Tak lama selepas itu, kami membeli anak kucing.

Siapa tahu ajal menimpa anak kucing tersebut dikala ayah bergegas mahu ke tempat kerja.
Ayah terlenggek anak kucing tersebut menggunakan kereta.
Mak bersedih dan berduka 3 hari 3 malam.

Selepas kejadian yang amat memilukan,
Kami bertekad untuk tidak membela binatang lagi.
Biarlah binatang-binatang tersebut yang datang sendiri ke rumah ini.

Syukur Alhamdulillah,
Rumahku kini kian terasa bahagia dengan kehadiran kucing-kucing,
Yang comel, yang kurap, yang gatal.

Malahan, kucing-kucing rumah jiran sebelah turut datang mengunjungi,
Tambahan pada waktu makan tengahari,
Sedap menu katanya.

Ikan rebus segar dari pasar digaul dengan nasi.

So, semalam waktu tengah breakfast,
Mak ada cerita satu benda.

Sudah menjadi kebiasaan selepas subuh,
Mak akan keluar rumah untuk mencuci halaman dan menyiram pokok bunga.

Tetapi pagi yang hening itu berubah apabila terdapat kehadiran makhluk yang lain.

Dengan keadaan yang bertelanjang bulat,
Berwarna coklat,
Rendah,
Dan muka yang tidak bersalah.

Anak anjing empunya orang India belakang rumah mahu berjinak-jinak dengan kucing di rumah ini.

Tidak mempunyai kawan barangkali.

Tetapi, hal yang lebih serius perlu dititikberatkan.
Ia menganggap emak seperti tuannya,

Ia mula mahu mendekati emak.

Emak yang hendak menyiram pokok bunga,
Sudah jadi tidak keruan.
Anak anjing itu mula mengunjungi rumah hampir pada setiap pagi.

Bukan nak cakap,
Rumah aku ni sangatlah menarik perhatian binatang-binatang seperti anjing & kucing.
Mungkin kerana memang keluarga kami bukan yang jenis maki atau baling kasut terhadap spesis seperti mereka.

So, aku tak faham kenapa ada diantara kita yang sanggup menyakiti mereka.
Walhal, mereka tidak melakukan apa-apa.

Aku faham ada di antara kita yang alah atau tidak menggemari kucing,
Namun susahkah untuk kita berganjak dari tempat duduk?
Mengapa mesti kita menyakiti mereka?
Ingatlah, mereka turut menghuni alam ini.

Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati



Tuesday, 18 February 2014

Beat My Insecurities.

Sejak malam semalam,
Aku rasa down gila nak mati.

Ni lah azabnya kalau dah jadi anak tunggal dalam rumah,
Tiada siapa yang berupaya menjadi good listener.

Aku rasa down gila,
Rasa ignored, abandoned, unwanted,
Padahal semua ada je tengah backup.

Betul apa orang cakap,
Your thoughts are whats killing you.

If kat sekolah dulu,
Teman gelak ketawa ramai,
Teman menangis pun Alhamdulillah ramai.

Tapi orang cakap,
Kalau teman berkongsi masalah,
Jaga-jaga.

Jangan sampai tersalah cerita dekat orang yang salah.

Bila aku rasa insecure gila,
Aku cari Maryam tak pun Anis.

Selalunya Anis,
Sebab Maryam busy sikit.
EGA.
Silap.
KETUA EGA.

Aku tak berani nak cerita dekat budak dorm sendiri,
Masalah jangan dibawa ke dalam dorm.

Anis ni nak cakap baik
Memang dia baik.

Tapi tanduk dan belang dia tetap ada,
Lumrah.

Masa Miss Norsham kena operate haritu,
Set B kena join set C.

So, aku & Anis set B.
Maryam pulak set C.

Cun,
Bergabung & meletup.

So kitaorang mula ah,
Miss Syamimi cakap A,
Kitaorang cakap B.

English is fun.
Tapi waktu exam,
Rabak.

Setiap petang,
After prep memang aku selalu lapar.

Kadang-kadang if Maryam pergi practice netball,
Aku & Anis pergi dua orang ke kantin.

"Iqnur, roti bakar 4 set."

2 set untuk Anis,
2 set of course lah aku.

Melantak depan tv kat kantin,
Before kembali ke kelas untuk sambung homework.

Bila aku dengan Anis,
Aku instinct minah ni jenis tak cerita kat orang.
Mula dari tu aku jenis open dengan dia.

Aku rasa secure,
Sumpah.

Tapi sejak semalam,
Aku mula sedar aku dah mula rasa insecure.

Nasib aku lahir dalam zaman yang serba canggih lagi modern.

Aku approach dia kat Twitter,
Padahal aku tahan air mata.

Dia pulak senang senang tweet cakap, "Kita rasa nak nangis."

Cilaka, lagi ah buat aku rasa down.

Anis, whatever happens in the future,
I never want to lose you,
I never want to feel those kinds of insecure.




Monday, 10 February 2014

Dear parents, Nowadays.

Tak puas hati betul bila mak bapak blame cikgu yang merotan anak sebab tak siap keja sekolah.

Asal, anak kau baik sangat ke? Time budak-budak rehat, anak kau pergi sembahyang dhuha ke? 
Aku tidak point kepada specific person,
tapi in general.

Kalau anak kau jinak macam kucing its ok la tak perlu rotan-rotan bagai. 

Ni kalau ada yang perangai mengalahkan penyamun, 
nakal nak mampos sampai tahap setiap kali cikgu masuk kelas pastu cikgu tu keluar balik sambil menangis, baik apa jadah camtu?

Sedar tak, peringkat umur menengah atau lebih awal ni adalah penentu masa depan budak tu. 

Kalau banyak main kat sekolah, 
Kerja nak bercinta di sekolah, 
Ringan-ringan minah awesome, 
Bila masa anak kau nak score exam nanti? 
Bila cikgu fokus kat anak kau, 
suruh workout berat sikit, 
hukum sikit dah nak report bagai.

Macam lah kau pengetua sekolah DG54.
Sendiri angkat anak balik rumah ajar la bebal!

Mak bapak sekarang ni bukan ada masa sangat nak mendidik anak.

Keluar gelap balik gelap.
Berhubung pun di alam maya.
Apa anak buat kau orang pun tak tahu.
Sedar-sedar je muka anak kau rang dah masuk KHK.

Sedarlah mak bapak!


- KHK. Grammatical edited by Teah Arof.

Saturday, 8 February 2014

Random me as a Seserian.

2 tahun stay asrama.
The best part bila semuanya PEREMPUAN.

Baju kurung prep tidak digosok?
No problem.

Tudung prep yang sama warna pada setiap malam?
Lek ah.

The thing is, siapa je nak judge kau cantik ke tak time kat sekolah?
Kita semua satu jantina!
Lol.

Memandangkan aku ni librarian, lagi senang kerja actually.
Even kena pakai banyak benda.
Tie lah, vest lah.

Bila nak iron uniform librarian, part kemeja tu best.
Aku iron bahagian lengan je.
HAHA.

If pagi tu aku lambat sangat,
gardenia butterscoth kat mulut,
tangan busy lilit tie sambil kaki bergerak naik tangga bangunan akademik.

First time pakai heels?
No problem.
Kalau terpeleot pun takda hal.
Siapa je yang nak gelak?

Kat sekolah ni lah nak belajar makan guna fork and spoon.
Even makan ayam goreng pun.
Pergh paling best kalau dapat drumstick atau wing.
Memang azab nak makan.

Masa makan bunyi ketung ketang ketung ketang.
Seperti sedang berperang dengan ayam goreng.
Tidak mengapa, perfect practice make perfect.
Asalkan in the future we wouldn't make the same mistakes in front of our clients.

Diet time stay asrama sangat lah tidak membantu.
Menu menu di sini sangatlah mengancam.
Lima kali waktu makan?
Lima kali tu jugaklah aku pergi.

Aku jenis tak share dnegan orang kalau nak basuh baju.
Ew. Sumpah. Hak persendirian kot.
Nak jot down after kat sticky note pun aku malas.

So, apa aku buat?

Aku longgok baju yang dah berumur seminggu.
Pastu setiap hari Sabtu, aku akan bangun pada pukul 4.00 pagi.
Ambil baldi, ambil downy, ambil dynamo.
Tak lupa juga RM2.00.
Terus melulu ke arah bilik basuh di tingkat bawah.

TANPA SEDAR.

If ada hantu kacau aku waktu tu pun,
aku tak rasa aku akan respons.

Bila dah selesai letak baju dalam washing machine,
terus aku balik dorm tidur.

Bangun pagi tu dengan lega like a boss.
Baju siap dibasuh tanpa sedar :D

Pernah satu malam tu, dikhabarkan air tiada pada pagi esok.
Aku pandang Mel kat sebelah dengan muka toya.
Pastu Mel cakap, "lek ah. pukul 3 esok kita check balik air."

Tepat pukul 3 aku bangun menegak.
Tarik tarik tangan Mel.
Turun katil, terus kejut Eja.
Kami bertiga maju dengan sederap langkah, seiring bahu menuju ke bilik air.
Tanpa sedar, aku seorang je yang waras masa tu.

Sah, air takkan muncul.

So, apa kitaorang buat?

Dalam masa lima belas minit, kami capai baldi.
Terus tadah kat tingkat bawah.

Sebelum naik tangga, air dalam baldi Eja penuh.
Dah sampai tingkat atas, dah tinggal separuh.
Eja Eja.

Tutup baldi dengan surat khabar.
Takut orang curi.
Terus tidur.

Pernah satu hari tu,
washing machine yang aku letak baju.
ROSAK.

Rosak dia macam ni.
Dia stuck tengah jalan.
Baju baju aku?
Separuh basuh.

Rosak tshirt aku.
Giordano pulak tu.
Sabun serbuk melekat lekat.
Aku sedih.
Aku rasa nak tendang washing machine tu.
Rasa nak bakar.

Air gedegang also known as vending machine.
The best source untuk hilangkan dahaga.
Yang tak best nya bila dia tak terima duit kertas.
Even duit syiling 50sen yang fake pun dia boleh detect.
Masa tu aku dahaga gila, baru balik dari latihan hoki.
Rasa nak guna stick tu pukul laju laju kat machine air tu.

If bulan puasa, muka aku jangan nak cakap lah.
Hydrated gila, lapar tu jangan cakap lah.
Pernah satu hari tu, aku tak bangun sahur.
GILA AKU SEPANJANG HARI TU.

So, before berbuka,
Aku beli satu tin coke kat kantin.
Pastu beli ice.
Pergh masa berbuka, memang best.

Pastu after solat tarawih,
Aku beli lagi satu tin coke dan ais.
HARI HARI macam ni.

Kat tong sampah comel bawah meja aku,
Penuh dengan tin coke.
Azra akan cakap, "Teah Teah, not good."
Aku akan senyum.





Friday, 7 February 2014

Sanah Helwah.

Hai people.
Apa kau orang rasa.
Bila ada yang sudi.
BUAT ENTRY PASAL DIRI KORANG.

*guling guling tengah padang*

Sedih.
Hiba.
Seronok.
Terharu.
Speechless.

Nak dijadikan cerita.
Semalam Anis ada buat entry pasal aku.

7 Februari pulak birthday dia.

Aku tak tahu nak cakap apa.
Sebab aku tak pandai bermadah.

Nak bagi hadiah pun.
Income takda.

So ini sahaja yang aku mampu buat.
Nahh Anis :)


Aku dah perah otak.
Takut tak kena dengan citarasa minah ni.
Anyway Anis, you can make it as your blog header sebab background dia transparent :)

I'm not ready to post an entry about you.
Nak list kan semua pasal moments kita, pastu baru kita post okay okay.

Happy Birthday Anis Shahirah Zulkifi.
Xoxo.

Tuesday, 4 February 2014

It's ok not to be ok


Semua orang pernah jatuh. Pernah rasa sakit. Perit. Rasa nak give up. Rasa dah takda life langsung. Rasa macam tak berbaloi. Rasa nak mati. Rasa nak tinggalkan everything behind. Rasa kena dump. Bengang.

At the same time. Ada orang yang suka bila kita jatuh. I mean. For some people, when they see our weakness, they feel happy about it.

Certain dari kita jugak sedih bila kawan dalam kesusahan. For example, kawan yang takde duit. and kita tak dapat tolong, sebab kita pun susah. Niat dah baik, tapi tak berupaya.

Bila kita jatuh, some of us akan bantu. Tak kisahlah apa cara sekali pun. Tahap getir mana sekalipun. For the sake of the friendship. Tapi ramai ke sanggup macam tu?

Bila kita jatuh, for me, tak patut tunjuk diri kita as a loser. Show to other people you are strong and big enough to overcome it.

Jangan berlagak. Balik pada yang Maha Esa. Jangan berdoa ikut musim. Bila senang, lupakan Dia. Bila dah susah jatuh tergolek, pandai pulak cari sejadah. That's not proper. Seriously.

Bak kata Matluthfi. Doa saja tak cukup. Kudrat tu kena ada. Effort tu wajib ada. Tuhan tak bagi golek golek. Sebab tu aku tak setuju dengan quotes "Good things come to those who wait". Patut ke kalau kita tunggu? I mean, we just wait without doing anything. Ah come on. Bila nak maju?

Tanpa kegagalan, kita tak akan pernah rasa macam mana duduk kat bawah. Tanpa kegagalan, kita juga megah. Takbur. Tanpa sedar benda benda tu dah tertanam dalam diri.

Waktu susah, setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmah. Jangan pandang negatif. Take it as a challenge. Betulkan. Berhenti merungut.

Ingat, stars can't shine without darkness.