ISPCA will be holding the "Give It A Home" Adoption Program this coming weekend 29th and 30th of March 2014 (9am to 3pm) at DeGarden Multi level Parking Lot. Come and give our furry friends a chance to live in a loving home. In conjunctionwith this event, TRON Communications will be distributing free Sim Pack worth RM 9 with RM 3 in credit of talktime. Come and get it (While stocks last) See ya'll there.
Cerita pertama.
Ceritanya, selepas Oyen pergi meninggalkan rumah pada 20 haribulan Mac,
Hati aku berasa pilu.
Mak & abah memang tak sanggup tengok aku macam mati anak.
So ada satu hari tu, kitaorang pergi merayau ke Kamunting.
Pastu dengan tak sengajanya, mak jerit "Geli Geli Kucing!"
Aku terus toleh ke arah tingkap.
Kedai haiwan peliharaan.
Abah dengan skil pemanduan tahap fast & furious terus pusing stereng dan masuk simpang kedai tersebut.
Aku pulak geli hati tengok cara abah drive.
Terus aku mengatur langkah dan tanya akak kedai tu "Akak, kucingnya mana?"
Sangkar, makanan, loceng ada, tapi kucing takda?
"Oh, tak bawak masuk lagi lah dik. Kalau nak tengok, boleh singgah kedai lama kitaorang."
Tanpa membuang masa, abah speed kereta pergi kedai Rakan Ternak.
Aku terus menapak ke dalam kedai dan bertanya, "Uncle, kucing mana?"
"Oh engko nak tengok kucing ya, pergi lah masuk dalam tu"
Pergh masuk masuk bilik tu, berkuap.
Aku dalam hati memaki-maki pakcik tu.
"Meow, meowwww, meowwwwwwww"
Bermulalah drama aku dok sebut "Abah! Ini comel! Abah! Ini lawa! Abah! Ini gemuk!"
Abah engko.
Tak beli pun, sebab semuanya orang punya.
That place is kinda hotel for those cats yang owner diaorang balik kampung.
Cerita kedua.
"Abah! Kucing tu macam Oyen!"
Aku terjerit-jerit sambil jari tekan-tekan cermin tingkap.
Abah terus brek mengejut dan undur kereta kebelakang dengan laju tanpa melihat apa yang ada di hadapan mahupun di belakang.
"Tapi bah, nampak tua sangat la."
Abah pun tekan minyak dan mula pemanduan kereta seperti biasa.
Aku rasa aku ni pentingkan diri. Sehabis mungkin masa aku banyak diluangkan untuk survey kucing-kucing di internet dengan harapan ada yang boleh kasi secara free mahupun adoption. Aku tak eprlu kucing yang berbulu lebat, siamese ke, persian ke. Cukup warnanya oren dan berusia agak muda, sudah memenuhi kekosongan di hati yang merindui Oyen. Tuhan, terima kasih atas masa yang kau beri untuk aku bersama Oyen. Mungkin aku bukan seorang yang belum bersedia untuk menjaganya sebaik mungkin. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan ibu bapa yang bersabar dengan kerenah anaknya yang susah menerima pemergian kucing tersayang.
So pagi ni aku berani sikit. Aku mesej terus owners kucing-kucing yang memerlukan adoption kat petfinder. Alhamdulillah diaorang sudi balas mesej aku walaupun kebanyakan kucing yang aku mahu sudah adopted. Takpa, rezeki Allah luas kan?
Conversation between me and The Adoptables Ipoh :
TA : Do you have other cats with you now apart from the one you lost?
Me : Yes, there are 6 cats now but I don't keep them indoor. We feed them 2 times a day. When it's time to eat other stray cats will come too.
TA : Wow, ok. That is nice of you but since you already have so many, don't you think it would be better to just take care of the ones you have now? Also, your lost cat might also still come back.
Me : I love them, but mom won't let me keep one of them indoor since all of them got skin problems. The one that I lost used to be very clean and sleep with me. I can't deal with myself when I see other people got their own special cat. I need a companion.
TA : Give us some time to consider your request and I'll get back to you by tomorrow.
The problem now aku kena bersiap siaga untuk bersoal jawab dengan mak abah.
Aku buat keputusan sendiri.
Bukan apa, tak salah kalau kita tolong at least seekor daripada jagaan mereka.
Semoga diperkenankan.
"Take time to get to know your new pets, be patient with them and they will love you back in return."