Sunday, 27 April 2014

Inside Outside.


Hidup ni kalau nak berjaya, jangan ikut orang.

Yang baik, kita contohi.
Yang buruk kita teladani.

Bukan apa, kalau kita buat keputusan ikut kawan, nanti kalau gagal, sanggup ke nak salahkan kawan kita tu?

Cakap kat diri sendiri,
Tepuk diri sendiri,
"Know yourself enough that you deserve the best".

Kawan baik mungkin sangat sangat mengenali kita,
Tapi yang lalui onak duri tersebut bukan dia, ianya diri kita sendiri.

Pijaklah di bumi yang nyata, walau berapa ramai kawan yang kita ada, diri sendiri juga yang akan selesaikan sesuatu masalah.

Everything comes from your own self.

Kalau kita tak nak tolong diri sendiri, siapa lagi nak tolong?

Mak ayah?
Kakak abang?
Sampai bila nak bergantung.

Kadangkala keputusan yang kita buat might be stupid pada mata orang lain.

Tapi diaorang tak tahu 100% apa yang kita hadapi.

Hanya diri kita sahaja yang tahu punca, sebab dan cara untuk tangani sesuatu situasi.

Biar waktu muda ini kita acap kali buat kesilapan,
Jangan masa tua nanti baru nak menyesal.