Becky shares too much with me. She told me how she comes on to people, then did those actions towards me, then when I asked her about it, she said she did not notice and told me she saw me as a friend. Got Friendzoned.
Source : http://www.urbandictionary.com/define.php?term=friendzoned
Fenomena ini acap kali berlaku tambahan zaman yang kian canggih dengan teknologi dalam aspek komunikasi yang semakin berkembang pesat.
Rasa boleh diharap bila someone tiba-tiba bagi tahu kita about something yang orang lain tak tahu.
Rasa macam dipercayai sangat-sangat.
Rasa sedih bila someone tu cerita ada orang sakitkan hati someone kita tu.
Rasa marah bila ada orang buat someone kita tu tak dalam keadaan tertekan even kita sendiri pun dah memang tertekan dengan ketegangan yang berlaku.
Rasa bengang bila kita tak dapat tolong selesaikan masalah someone tu even dia tak pernah pun cuba untuk selesaikan masalah kita.
Rasa geram bila ada orang kutuk someone kita tu even orang tu ada cakap "kau tu kawan dia je kan"
Tetttttttttt.
Kita lupa, kita kawan tempat dia mengadu domba sahaja.
Kita lupa ada border antara kita dengan someone tu.
Kita cuba jadi teman dan pendengar yang baik untuk someone tu supaya dia boleh terus-terusan bercerita dengan kita tanpa jemu dan kita pula terus-terusan dapat tatap muka dia atau dengar suara dia.
Kita tanpa sedar terus menunggu walhal someone tu dah pun move on dengan someone else.
Kita mula nak salahkan someone tu tanpa sedar kita dah retakkan sebuah persahabatan yang sedia terjalin hanya kerana ego semata-mata.
Kalau Tuhan bagi pilihan untuk pilih samada berkasih atau berkawan, pilihlah untuk berkawan.
Even masa kita berkawan pun, jalinan kasih tu sudah sebati dalam diri masing-masing.
Ya tak?