Monday, 26 May 2014

Tugas sejagat

"Saya belajar untuk memberi bukan kerana kaya.
Kerana saya tahu rasa bagaimana rasanya disaat tidak mempunyai apa-apa" -Hazimnike




Semua orang pernah mengalami keadaan di mana bila kita tengah makan di warung, akan ada seorang peminta sedekah.

"Anak saya sakit"

"Saya tak makan lagi"

Jika kita lihat secara fizikalnya, dia masih mampu berjalan.

Pancainderanya masih berfungsi secara sempurna.

Kudrat juga masih boleh dipakai.

Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa kita acap kali dihantui perasaan simpati dan rasa bersalah terhadap golongan tersebut.

Jadi, kita akan hulurkan not-not wang ringgit setakat yang kita mampu.

Sebab kita pun tengah susah.

Tapi kita rasa dia lagi susah.

Maka si peminta sedekah itu pun berlalu.

5 minit selepas kita habis makan, kita akan mula mengorak langkah meninggalkan warung tersebut.

Tiba-tiba kita terpandang akan satu susuk tubuh yang nampak familiar.

Ya, orang itu merupakan peminta sedekah sebentar tadi.

Tidak, dia tidak lagi berpakaian seperti 5 minit yang lalu.

Dia nampak berkemampuan.

Tapi kita tak boleh nak tuduh apa-apa, biarlah Tuhan yang decide apa akan jadi lepas ni.

Kita dah buat part kita sebagai manusia sejagat, bab-bab menghukum ni biarlah urusan antara orang tersebut dengan Tuhan.

Jangan kita persoalkan, "God why there's still poverty everywhere when you can do something about it"

Tak takut ke kalau Dia akan ujar soalan yang sama?